Translate

Sunday, October 4, 2020

SPRM panggil Sarah, Shuib

 Oleh NOR IDAYU BOSRO dan MOHD. AZLI ADLAN

PUTRAJAYA - Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Tindakan memanggil pasangan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan minuman yang diusahakan kedua-dua mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada tengah hari semalam.

Menurut satu sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan ke atas pasangan tersebut.

Katanya, penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Selain Siti Sarah dan Shuib, beberapa individu trermasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes itu berkemungkinan akan dipanggil oleh suruhanjaya berkenaan.

"Setakat ini (malam tadi), masih tidak dapat pastikan sama ada mereka (Siti Sarah dan Shuib) akan ditahan atau tidak kerana proses merakam keterangan masih berjalan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika ditemui pada majlis perasmian Kompleks SPRM Terengganu semalam enggan mengulas lanjut mengenai pasangan selebriti yang dipanggil oleh suruhanjaya tersebut. 

No comments:

Post a Comment