Translate

Saturday, October 3, 2020

Tasik Kenyir wajar jadi warisan negara

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sembilan kawasan dan premis bersejarah di Terengganu kini dalam pertimbangan untuk digazetkan sebagai tapak warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. 

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd. Yusop berkata, kawasan tersebut ialah Tasik Kenyir dan Gua Bewah di Hulu Terengganu dan tujuh premis bersejarah yang terdapat di Bukit Besi, Dungun.

"Antara premis di Bukit Besi yang telah dkenal pasti berpotensi besar untuk digazetkan sebagai tapak warisan baharu ialah Rumah No. 1, Rumah Merah, kolam renang dan tempat simpanan bahan letupan.

"Selain mendapat bantuan sepenuhnya daripada Jabatan Warisan Negara berhubung kerja-kerja emuliharaan, status sesuatu kawasan dan premis  sebagai tapak warisan dapat meningkatkan minat pelancong untuk melawatnya," katanya ketika ditemui melawat tapak warisan di sekitar bandar raya ini semalam.

Tapak warisan yang dilawati ialah Rumah Tele dan Rumah Bujang di Perkampungan Budaya Terengganu, Istana Maziah, Masjid Abidin serta Makam Sultan Zainal Abidin I.

Mesran berkata, setakat ini 14 lokasi di Terengganu telah digazetkan sebagai tapak warisan termasuk tiga daripadanya bertaraf tapak warisan kebangsaan.

Jelas beliau, Masjid Hiliran, Masjid Abidin dan Istana Maziah diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan.

"Lokasi lain di negeri ini yang telah digazetkan sebagai tapak warisan ialah Masjid Kampung Tuan, Chukai, Kemaman; Surau Jamhuriah, Kuala Besut dan Makam Sultan Zainal Abidin I.

"Rumah Tele dan Rumah Rumah Bujang serta pusara Tok Gajah, Tok Pulau Manis dan Tok Pauh juga telah diiktiraf sebagai tapak warisan," kata Mesran.

No comments:

Post a Comment