Translate

Friday, April 30, 2021

Wanita khayal pil kuda depan anak

BESUT-Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang sanggup membawa masuk te man lelakinya untuk sama-sama menelan pil kuda di sebuah bilik di rumah keluarganya di Kuala Besut dekat sini pada Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, ibu berusia 24 tahun itu turut tergamak melepaskan gian di hadapan tiga anak kecilnya yang berusia 10 bulan, lima dan tiga tahun.

 Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, tembelang wanita dan teman lelakinya itu terbongkar selepas rumah berkenaan diserbu sepasukan penguat kuasa agensi itu pada pukul 1 pagi "Hasil soal siasat awal mendapati wanita itu masih berstatus isteri orang tetapi dalam proses perceraian.

"Dia berani membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik untuk sama-sama melepaskan gian tanpa pengetahuan ahli ke luarga lain," katanya di sini semalam

Noor Hafizza berkata, suspek wanita itu mengaku ketagihan dadah sejak diajak suaminya un tuk mencuba bahan terlarang tersebut pada empat tahun lalu. 

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, operasi di sekitar Hulu Besut, Apal, Lapan Kotak dan Limbongan dekat sini turut memberkas lima lelaki lain yang juga disyaki penagih dadah.

"Ujian saringan air kencing ke atas suspek termasuk wanita berusia 20 hingga 43 tahun men dapati mereka positif dadah jenis pil kuda," katanya

No comments:

Post a Comment