KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang buruh merompak seorang lelaki dengan melarikan kenderaan dan wang tunai man gsa tiga tahun lalu berbalas selepas dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Noorah Osman turut memerintahkan Mohd. Saiful Nizam Zulketti, 33, dikenakan empat sebatan setelah lelaki itu membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang disa bitkan ke atasnya.
Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersa ma seorang individu lain ke atas mangsa berusia 45 tahun di Kam pung Kubang Kekura di sini pada pukul 6.45 pag., 31 Mac 2018.
Dalam kejadian itu, Mohd Saiful Nizam melarikan Proton Exora dan wang tunai berjumlah RM3800 milik mangsa.
Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu bersama rakannya yang sudah di Jatuhi hukuman atas pertuduhan memaksa mangsa mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik berhampiran.
Mereka kemudian merampas wang tunai sebelum melarikan Proton Exora milik mangsa.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Cabang Tiga yang kemudiannya membawa kepada penahanan tertuduh pada 31 Disember tahun lalu.
Pendakwaan ke atas Mohd. Saiful Nizam dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pen jara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh pula tidak di wakili peguam.
No comments:
Post a Comment