Translate

Sunday, April 4, 2021

Modul khas atasi hakisan pantai Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN





KUALA NERUS – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menyiapkan modul khas bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang serius di Terengganu.

Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, modul bagi membaiki semula struktur pantai di negeri tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Air Negara baru-baru ini.

“Terengganu mempunyai pantai yang cantik dan akan hilang separuh nikmat jika tiada (pantai).

“Seboleh mungkin kita mahu (pesisir pantai Terengganu) kembali seperti semulajadi,” katanya ketika melepaskan peserta Ekspedisi Sungai Nerus di Jeti Kampung Tanjung Sabtu di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, antara pendekatan yang akan diambil bagi memulihkan struktur pantai yang terjejas ialah memastikan ia mempunyai bekalan pasir yang mencukupi.

Ujar beliau, timbunan pasir yang banyak terdapat di kuala-kuala sungai di sekitar Terengganu akan dibawa untuk menampung
kekurangan pasir pada pantai yang terhakis berkenaan.

Kosmo! 6 Mac lalu melaporkan keindahan berpuluh kawasan pantal di beberapa negeri termasuk Terengganu yang dahulunya menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kini lenyap apabila di hakis sedikit demi sedikit akibat ditelan fenomena alam itu. – K! ONLINE


No comments:

Post a Comment