Translate

Friday, April 30, 2021

Menara rezeki bantu ahli kariah

 


KUALA NERUS - Pengurusan Masjid Kampung Mengabang Telipot mengambil inisiatif mewujudkan menara rezeki sebagai pusat sehenti penyaluran bantuan kepada ahli kariah yang kurang berkemampuan.

Pengerusi Masjid Kampung Mengabang Telipot, Mohd. Sidek Abdullah berkata, kira-kira 7,000 kariah dari tujuh kampung berhampiran menyara hidup sebagai nelayan yang kadangkala 12 menghadapi masalah kewangan terutama pada musim tengkujuh. 

"Mereka boleh mengambil barangan keperluan seperti beras, minyak masak, gula, serbuk kopi dan teh serta tepung gandum secara percuma di menara rezeki ini selepas selesai setiap solat fardu kecuali Maghrib," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu menara rezeki yang mula beroperasi semalam dirasmikan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir. 

Mohd. Sidek berkata, pusat sehenti berkenaan juga membuka ruang kepada mana-mana individu berkemampuan untuk me nyumbang barangan keperluan pada bila-bila masa.

Jelas beliau, barangan keperluan terbabit boleh dimasukkan menerusi tetingkap menara rezeki 24 jam.

"Sumbangan mudah dilakukan pada bila-bila masa kerana lokasi menara rezeki ini strategik terletak di pekarangan masjid berdekatan jalan utama," katanya.

No comments:

Post a Comment