Translate

Sunday, April 18, 2021

Kenduri kahwin tanpa SOP punca Kluster Taman Rakyat

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan kluster baharu semalam iaitu Kluster Taman Rakyat yang setakat ini mencatatkan 26 kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kluster berkenaan berpunca daripada seorang lelaki berusia 32 tahun dari Sabah yang menghadiri majlis perkahwinan adiknya di Dungun.

“Aktiviti rentas negeri ini setakat ini menjangkiti 26 orang iaitu 11 ahli keluarga dan 15 tetamu yang menghadiri kendiri perkahwinan tersebut.

“Hasil pertemuan hanya untuk mengirim duit kenduri dan cenderahati telah menjangkiti seorang kawan baik. Kawan itu pula mengadakan majlis akikah di kampung yang kemudiannya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, Kluster Taman Rakyat disebabkan aktiviti perkumpulan sosial melibatkan ramai orang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tegas beliau, sekiranya SOP norma baharu dipatuhi, penularan kluster sebesar berkenaan sudah pasti dapat dielakkan.

“Kami selalu pesan tangguh dahulu perkumpulan melibatkan ramai orang. Jika tiada pematuhan SOP di bazar Ramadan, mungkin kluster baharu juga akan tercetus,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment