Translate

Tuesday, April 27, 2021

Kompleks Seri Iman ditutup tiga hari

KUALA TERENGGANU - Kompleks Seri Iman yang menempat kan enam pejabat agensi Kera jaan Negeri Terengganu diarah tutup selama tiga hari sehingga esok berikutan penularan kes Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yu nus berkata, penutupan premis tersebut terpaksa dilakukan se lepas 11 kes positif Covid-19 dire kod dalam kalangan kakitangan yang berkhidmat di bangunan pusat pentadbiran tersebut.

Beliau berkata, penutupan itu melibatkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Hal Ehwal Aga ma Terengganu (JHEAT), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. 

"Perintah penutupan premis tersebut bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan. 

"Ia selaras dengan Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya di sini semalam. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, setakat ini, seba nyak 177 kes aktif positif Covid-19 direkodkan di Terengganu.

No comments:

Post a Comment