Translate

Monday, April 5, 2021

Pembelajaran bersemuka di empat negeri hari ini

PETALING JAYA - Pelajar pelajar sekolah menengah di tingkatan 1 hingga 4 di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sementara bagi negeri-negeri lain akan memulakan persekolahan esok.

Pembukaan persekolahan bersemuka tingkatan 1 hing ga 4 agak lewat berbanding sekolah rendah yang telah dibuka sejak 8 Mac lalu bagi memberi laluan kepada Sijil Peperiksaan Malaysia yang ta- mat 25 Mac lalu.

Di Alor Setar, Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri telah menubuhkan satu pasu kan pemantau khas bagi me mastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila seramai 145,679 pelajar sekolah menengah memulakan pemb elajaran bersemuka hari ini.

Pengarahnya, Rozaini Ahmad berkata, pasukan peman tau tersebut terdiri daripada 240 kakitangan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Katanya, pemantauan akan dibuat bagi memastikan semua sekolah beroperasi mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.

"Seramai 120 orang kakitangan akan membuat peman tauan di 200 buah sekolah menengah, manakala 120 orang kakitangan lagi akan membuat pemantauan di sekolah ren dah, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, pihaknya juga telah memulakan pemantauan pada semalam di sekolah-se. kolah menengah berasrama.

Sementara itu di Terengganu, seramai 92,549 pelajar sekolah menengah di negeri itu memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidi kan Terengganu, Salim Ab. Gha ni berkata, ia melibatkan pela jar tingkatan peralihan hingga lima di negeri ini.

"Persiapan sewajarnya telah dilakukan bagi memastikan hari pertama persekolahan secara bersemuka pelajar sekolah me nengah negeri ini mengikut SOP norma baharu ditetapkan, katanya.

No comments:

Post a Comment