Translate

Tuesday, April 27, 2021

Tukun tiruan bantu pelajar UMT buat kajian perikanan

 

PENYELIDIKAN. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima dua bot nelayan asing yang telah dilucut hak daripada Maritim Malaysia (APMM) di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT Pulau Bidong, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, penyerahan dua bot nelayan asing itu disampaikan Pengarah Bahagian

Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua bot nelayan asing berkenaan telah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Bidong.

"Ia bagi membolehkan pelajar dan penyelidik UMT menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan sumber perikanan dan aspek sains marin di stesen tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment