Translate

Friday, April 16, 2021

Penduduk ketakutan buaya berkeliaran di Sungai Marang


MARANG – Penduduk Kampung Gong Tepah dan Kampung Sentol Patah di sini gempar dengan penemuan buaya berkeliaran di Sungai Marang sejak seminggu lalu. 

Penduduk, Hassan Basri Yunus, 23, berkata, dia mula menyedari kehadiran reptilia itu berhampiran sangkar ikan peliharaannya pada 14 November lalu.

 “Pada mulanya saya sangkakan tunggul kayu, tetapi apabila diamati, ia rupa-rupanya buaya sepanjang hampir tiga meter.

 “Penduduk kampung lain juga ramai yang terserempak dengan reptilia itu. Saya tidak pasti sama ada seekor atau banyak lagi buaya yang berkeliaran di Sungai Marang, dahulu tidak pernah jumpa pun,” katanya di sini semalam. 

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Desa Permai Darat Pak Chan, Abdul Razak Othman berkata, setakat ini buaya tersebut tidak pernah mengancam keselamatan penduduk. 

Begitupun, beliau meminta penduduk berhati-hati terutama mereka yang suka mengail udang atau mandi-manda di Sungai Marang berhampiran. 

“Saya telah maklumkan kepada pihak berkaitan tentang penemuan buaya tersebut.

 “Beberapa langkah telah dicadangkan seperti memasang papan tanda amaran agar orang ramai lebih berwaspada dengan ancaman buaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment