Translate

Thursday, April 8, 2021

26 peniaga langgar peraturan SHMMP Deepavali dikompaun

KUALA NERUS – Seramai 26 peniaga dikompaun selepas didapati melanggar peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali yang berkuat kuasa sejak 9 November lalu. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, seramai 24 peniaga terbabit didapati tidak memaparkan tanda harga, manakala bakinya pula menjual melebihi harga kawalan ditetapkan. 

“Tindakan penguatkuasaan tersebut melibatkan jumlah kompaun dan rampasan sebanyak RM5,847.

 “Sikap segelintir peniaga ini amat mengecewakan sewaktu sebahagian besar negeri sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya selepas melakukan pemantauan harga di sebuah pasar raya besar di Gong Badak di sini semalam. 

Rosol berkata, kesemua kesalahan itu telah dikompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukan hukuman kompaun hingga RM250,000 jika sabit kesalahan.

 Menurutnya, tiga kesalahan utama yang dipantau sepanjang SHMMP Deepavali yang ber akhir esok ialah menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum serta gagal meletakkan tanda harga biasa dan merah jambu.

 “Sebanyak 8,05 premis merangkumi 276 premis borong dan 8,029 premis runcit telah diperiksa setakat ini,” ujarnya.

 Dalam perkembangan lain, Rosol memberitahu, pemborong dan peruncit terpilih di kawasan sering dilanda banjir dibenarkan untuk menyimpan stok barangan keperluan lebih daripada kebiasaan.

 Menurutnya, pendekatan itu bertujuan memastikan barangan keperluan tidak terputus di sesuatu kawasan sekiranya berlaku kejadian banjir luar jangka. 

 “Pemborong dan peruncit terpilih berkenaan boleh me nyimpan sehingga 30 peratus stok barangan keperluan melebihi kebiasaan sepanjang musim tengkujuh ini. 

 Monsun Timur Laut atau lebih dikenali musim tengkujuh di Pantai Timur dan sebahagian Johor dan Sarawak bermula Rabu lalu sehingga Mac tahun depan.

No comments:

Post a Comment