Translate

Wednesday, April 7, 2021

Remaja 19 tahun didakwa kes bunuh hari ini

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam Siti Nur Surya Ismail dua minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Marang dekat sini hari ini.

 Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud yang memberitahu, pertuduhan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

 “Pihak Pendakwa Raya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dikemukakan dan memutuskan remaja itu akan dituduh esok (hari ini). 

“Sebelum ini, dia telah ditahan reman bagi membantu siasatan selama 14 hari sejak 3 November lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Kosmo! pada 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya, 19, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh adik bongsunya di ruang tamu rumah mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong sewaktu pulang dari sekolah pada 1 November lalu. 

Mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di muka dan badan selain pergelangan tangan kirinya putus. 

Lebih memilukan, perbuatan kejam itu disaksikan ibu Siti Nur Surya, Zaini Muda, 54, yang terlantar sakit akibat kanser otak di katil berhampiran.

Susulan kejadian itu, polis memberkas seorang remaja perempuan yang juga rakan baik mangsa selepas dia hadir memberi keterangan di Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi sehari kemudian. 

Sepanjang tempoh 14 hari pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Hulu Terengganu itu ditahan reman, polis sudah melakukan siasatan menyeluruh termasuk menjumpai semula pisau yang disyaki digunakan dalam pembunuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment