Translate

Thursday, April 8, 2021

Kadar zakat fitrah Terengganu RM7

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah bagi Terengganu pada tahun ini ditetapkan pada kadar tidak kurang daripada RM7 seorang.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kadar zakat fitrah itu disandarkan kepada harga beras gred Super Tempatan 5 peratus hancur di pasaran tempatan.

“Bagi umat Islam negeri ini yang memakan beras Super Import, kadar zakat fitrah ditetapkan kepadanya ialah senilai dengan 2.60 kilogram atau 2.97 cupak nilai beras berkenaan.

“Dimaklumkan Maidam hanya menerima bayaran zakat fitrah secara wang tunai bukannya beras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, seramai 1, 090 amil telah dilantik bagi kutipan zakat fitrah di seluruh negeri ini.

Tambah beliau, selain masjid dan surau berhampiran, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di kaunter zakat Maidam dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang dari Ahad hingga Khamis bermula 1 Ramadan ini.

“Operasi kaunter bayaran Maidam tersebut termasuk pandu laju dibuka setiap hari mulai 25 April ini hingga 12 Mei depan.

“Kaunter zakat Maidam di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu pula akan dilanjutkan sehingga pukul 9 malam sepanjang tempoh tersebut kecuali hari Jumaat dan Sabtu,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment