Translate

Monday, April 26, 2021

TDM santuni penduduk Sungai Tong



CAKNA. Kumpulan TDM Berhad (TDM) menganjurkan program mesra komuniti menyantuni penduduk Sungai Tong, Setiu, Terengganu baru-baru ini. 

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, program yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah itu bertujuan mengeratkan hubungan dengan penduduk yang kebanyakannya berkhidmat di kilang dan ladang kelapa sawit milik syarikat itu. 

Beliau berkata, seramai 61 keluarga kurang berkemampuan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan. 

“Selain itu, program TDM Prihatin mengadakan pelbagai aktiviti bersama penduduk seperti usrah pagi, solat dan motivasi duha serta sukaneka mengikut prosedur operasi standard norma baharu,” katanya. 

TDM santuni penduduk Sungai Tong MOHD. NOR (tengah) dan Najman (kanan) menunjukkan tanda bagus ketika hadir pada program TDM Prihatin bersama penduduk Sungai Tong, Setiu baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment