Translate

Saturday, April 17, 2021

Tukang sapu jumpa mayat terbakar

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat dipercayai wanita dipercayai mangsa pembunuhan yang telah hangus terbakar di Kampung Padang Air, Tepoh di sini hari ini.

Mohd. Hamdan Abdul Manaf, 32, berkata, dia menjumpai mayat tersebut sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di tepi Jalan Kuala Terengganu – Kelantan itu pada pukul 7.15 pagi.

Ujarnya, sewaktu sedang menyapu di bahu jalan, dia ternampak asap yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan dari belukar bersebelahan terletak kira-kira tiga meter dari bahu jalan.

“Alangkah terkejutnya saya apabila nampak objek seperti manusia telah hangus terbakar lebih 90 peratus.

“Hanya bahagian kaki kanan daripada paras betis yang tidak terbakar pada masa itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini

Mohd. Hamdan berkata, dia kemudiannya memanggil rakannya untuk membuat memastikan yang terbakar itu benar-benar mayat sebelum memaklumkan penemuannya kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment