Translate

Monday, April 26, 2021

Peniaga didakwa mencederakan, cuba membunuh dan khianat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencederakan, cuba membunuh dan khianat dalam kes perbalahan disebabkan kemalangan jalan raya di Pengadang Baru di sini pada dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Murad Che Razak, 36, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Mazrinie Mahmod.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia dituduh mencederakan Nawang Jusoh, 41, sehingga parah dengan menggunakan kayu di hadapan sebuah kedai makan Kampung Pengadang Baharu di sini pada pukul 5 petang, 9 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd. Murad juga didakwa sengaja merosakkan motosikal milik Mohd Hazali Jusoh, 39, di lokasi, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa cuba membunuh Nawang dengan melanggar mangsa menggunakan kenderaan utiliti sukan, Honds CRV di lokasi, tarikh dan masa sama.

Mohd. Murad didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkam hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment