Translate

Wednesday, April 14, 2021

Solat sunat tarawih, kuliah dibenar di Terengganu

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Semua masjid dan surau di Terengganu dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih berjemaah dan aktiviti keagamaan termasuk kuliah agama sepanjang bulan Ramadan ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, kebenaran itu masih tertakluk kepada kapasiti masjid dan surau berkenaan selain mengikuti prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan.

“Sebarang aktiviti masjid seperti solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan kuliah harian telah diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini.

“Yang penting SOP norma bahru ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sentiasa dipatuhi,” katanya di sini hari ini.

Mat Azmi berkata, JHEAT tidak menetapkan jumlah rakaat solat sunat tarawih yang bakal dilaksanakan.

Jelas beliau, jawatan kuasa masjid dan surau masing-masing diberi kebebasan sama ada melaksanakan lapan atau 20 rakaat solat sunat tarawih tersebut mengikut kemampuan jemaah masing-masing.

“Apa pun jawatan kuasa masjid dan surau berkenaan perlu memastikan tiada sebarang perhimpunan di dalam dan di luar masjid selepas selesai solat sunat tarawih,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment