Translate

Friday, April 23, 2021

Remaja kes bunuh Siti Nur Surya direman tujuh hari lagi

MARANG – Tempoh reman ke atas seorang remaja perempuan yang ditahan berhubung kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 16 November ini. 

Permohonan lanjutan reman itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini semalam.

 Pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Hulu Terengganu itu sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula pada 3 November lalu. 

Remaja itu yang juga rakan baik Siti Nur Surya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. 

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya, 19, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh adik bongsunya di ruang tamu sebaik pulang dari sekolah pada Ahad lalu. 

Mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus. 

Lebih menyedihkan perbuatan kejam itu disaksikan ibu Siti Nur Surya yang terlantar sakit akibat kanser otak di katil berhampiran. 

Susulan kejadian itu, polis menahan rakan baik mangsa selepas remaja itu hadir memberi keterangan Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi, 2 November lalu.

No comments:

Post a Comment