Translate

Thursday, April 29, 2021

10 kali masjid diceroboh pencuri

 

KUALA TERENGGANU - Kekhusyukan jemaah wanita Masjid Kampung Laut di sini terganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang mencuri ba rangan berharga milik mereka sewaktu mendirikan solat subuh berjemaah kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.05 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu menggele dah tiga beg tangan jemaah wa nita yang berada di saf belakang.

Pengerusi Masjid Kampung Laut, Che Mat Jusoh bagaimana pun, berkata, lelaki itu beredar hampa apabila mendapati keti ga-tiga beg tangan tersebut tidak mempunyai barangan berharga.

"Perbuatan suspek telah dirakam salah satu daripada dua televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di masjid ini.

"Tiada laporan polis dibuat kerana tiada kerugian. Biar pun begitu, kejadian ini amat dipan dang serius kerana sudah lebih 10 kali masjid ini dicerobohi penc dalam tempoh 15 tahun saya men jadi pengerusi masjid," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam. Che Mat berkata, tabung mas jid dan kereta kariah juga pernah dipecahkan penjenayah sepan jang tempoh berkenaan.

"Sebahagian suspek berjaya ditangkap. Mungkin kedudukan masjid di tepi jalan besar me nyebabkan ia mudah menjadi sasaran penjenayah. Kebanya kan kejadian berlaku pada waktu solat subuh.

"Pengurusan masjid akan menambah CCTV di lokasi strategik untuk mencegah kejadian sama berulang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment