Translate

Friday, April 30, 2021

100 peniaga rayu buka bazar Ramadan



Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Seramai 100 peniaga merayu agar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MEKT) mempertimbangkan semula permohonan mereka untuk berniaga di tapak Bazar Rama dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini.

Wakil peniaga Hamid Mohamad, 60, berkata, MBKT sebelum ini telah menolak permohonan tersebut atas alasan bimbang dengan penularan Covid-19

"Penolakan itu amat mengejutkan kerana rata-rata kami te lah membuat persiapan termasuk mengeluarkan modal sendiri memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

"Lagi pun semua urusan berkaitan pembukaan bazar Ramadan itu dengan pemilik tanah telah diselesaikan selain garis panduan prosedur operasi stan dard (SOP) norma baharu juga telah disediakan," katanya kepada Kosmol di sini malam kelmarin.

Hamid yang menetap di Kampung Telaga Batin di sini berkata, isu kesesakan tidak timbul kerana lokasi tapak bazar Ramadan tersebut yang terletak berhampiran pekarangan Jambatan Angkat Kuala Terengganu bukan sahaja strategik, malah agak luas.

Dia yang berniaga air kelapa muda dan buah-buahan sejak 18 tahun lalu memberitahu telah mengeluarkan belanja untuk menempah 500 biji buah kelapa muda sebagai persiapan bernia ga di bazar Ramadan berkenaan. 

"Sudah banyak modal yang dikeluarkan, kami tak sanggup lagi rasanya untuk tanggung kerugian dalam suasana ekono mi yang sukar ini," katanya

Seorang lagi peniaga, Mohd. Jimay Mahmud, 34. pula berkata, sebahagian peniaga terlibat merupakan bekas pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan akibat Covid-19

"Sebahagian besar daripada kami kini amat terdesak dan ini sahaja ikhtiar terbaik kami untuk dijadikan mata pencarian sebelum menyambut hari raya.

"Sukar untuk memohon di bazar Ramadan lain kerana masa sudah semakin suntuk Saya rayu belas kasihan MBKT agar dibe narkan berniaga di Bazar Ramadan Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini," katanya.

No comments:

Post a Comment