Translate

Wednesday, April 28, 2021

Terengganu larang berbuka puasa di kawasan terbuka

 Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU Kerajaan Negeri Terengganu melarang sebarang aktiviti berbuka puasa di kawasan terbuka di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Terengganu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, larangan itu meliputi semua taman awam, kawasan lapang dan tepi pantai di negeri berkenaan. 

Menurutnya, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan 2 Negeri Khas (Pengurusan Daru rat dan Pandemik) Terengganu yang bersidang kelmarin.

"Mesyuarat ini dipengerusi kan oleh Menteri Besar Tereng ganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah bersetuju untuk tidak membenarkan se barang aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang, taman awam dan tepi pantai di seluruh negeri Terengganu.

 "Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan diminta membuat hebahan, pemantauan dan penguatkuasaan berhubung peraturan ini di kawasan masing masing," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, selain kawasan di tepi pantai di sekitar lapan dae rah di Terengganu, Dataran Shah Bandar yang berlatar belakang Jambatan Angkat Kuala Tereng ganu di sini merupakan antara lokasi kegemaran masyarakat untuk berbuka puasa sebelum penularan Covid-19.

No comments:

Post a Comment