Translate

Saturday, April 24, 2021

Modul khas untuk atasi hakisan pantai di negeri Terengganu

KUALA NERUS - Kementerian Alam Sekitar dan Air telah menyiapkan modul khas bagi me ngatasi masalah hakisan pantai yang serius di Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, modul bagi membaiki semula struktur pantai di negeri terse but dibentangkan pada Mesyuarat Air Negara baru-baru ini.

"Terengganu mempunyai pantal cantik dan akan hilang separuh nikmat jika tiada, katanya ketika melepaskan pe. serta Ekspedisi Sungai Nerus di Jeti Kampung Tanjung Sabtu di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara pendekatan yang akan diam bil bagi memulihkan struktur pantai terjejas adalah memastikan ia mempunyai bekalan pasir yang mencukupi.

Ujarnya, timbunan pasir yang banyak terdapat di kuala kuala sungai di sekitar Tereng ganu akan dibawa untuk me- nampung kekurangan pasir pada pantal yang terhakis.

"Kita ada banyak muara-muara sungai (di Terengganu) yang tertutup dengan timbu nan pasir seperti Kuala Besut, Kuala Kemaman, Kuala Du ngun, Merang dan Merchang

"Langkah membawa timbunan pasir ke kawasan pantai bukan sahaja mengatasi ha- kisan, malah membuka laluan di muara sungai yang sebelum ini bukan sahaja menyukarkan, malah membahayakan kese lamatan nelayan," katanya.

Kosmo! 6 Mac lalu melaporkan keindahan berpuluh ka wasan pantai di beberapa ne- geri termasuk Terengganu yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kini lenyap apabila dihakis sedikit demi sedikit akibat ditelan fenomena alam itu.

Di Terengganu, beberapa pantal popular turut terancam apabila 30 kawasan dikenal pasti mengalami hakisan serius sepanjang 244km.

Antara pantai yang terjejas teruk ialah Pantai Teluk Lipat, Dungun; Pantal Rhu Ren dang Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang dan Pantai Kuala Nerus.

No comments:

Post a Comment