Translate

Friday, April 9, 2021

Rakan baik Siti Nur Surya didakwa


 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Seorang pelajar pe rempuan tingkatan enam diha dapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail dua minggu lalu. 

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi,19, yang juga rakan baik mangsa mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Remaja itu didakwa membunuh Siti Nur Surya, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Telemong. Hulu Terengganu pada pukul 930 pagi, 1 November lalu.

Pendakwaan dijalankan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Sementara itu, hanya tiga ahli keluarga tertuduh dibenarkan berada di galeri awam semasa prosiding berlangsung bagi menjaga penjarakan fizikal berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Terdahulu, ibu tertuduh kelihatan hiba semasa anaknya tiba di pekarangan mahkamah sebelum ditenangkan ahli keluarga yang lain. 

Wanita itu turut melambai ke arah Siti Nur Athirah semasagadis itu mahu dibawa ke lokap.

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui adik berlumuran darah oleh bongsunya di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah.

Mangsa dijumpal dengan ke san tetakan di muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus.

Polis kemudian menahan seorang remaja perempuan pada 2 November lalu.

Majistret Engku Nurul Ain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Januari depan di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md. Zain.

No comments:

Post a Comment