Translate

Thursday, April 29, 2021

Zakat fitrah Pahang, Terengganu RM7

 PEKAN - Kadar zakat fitrah bagi negeri Pahang tahun ini kekal RM7 sebagaimana diper kenan Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kadar itu kekal sejak 2013.

"Kaedah bayaran tertakluk kepada prosedur operasi standard dan tatacara digaris kan selaras dengan pelaksa naan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini.

"Muip menggalakkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian melalui plat form ezakat.muip.gou.my dan aplikasi PahangGo," katanya da lam sidang akhbar pengumuman kadar zakat fitrah Pahang 2021 di Pejabat Muip, di sini semalam.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda mengumumkan zakat fitrah bagi Terengganu pada tahun ini ditetapkan pada kadar tidak kurang dari pada RM7 seorang.

Jelasnya, kadar itu disandarkan kepada harga beras gred super tempatan lima peratus hancur di pasaran tempatan.

Antara negeri lain yang telah menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini ialah Wilayah Perse kutuan iaitu pada kadar RM5 untuk umat Islam yang kurang berkemampuan akibat pandemik, manakala RM7 dan RM14 bagi mereka yang berkemampuan atau ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan.

Johor pula mengekalkan kadar tahun lalu iaitu RM7 untuk umat Islam yang menggunakan beras jenis super tempatan, manakala RM10 untuk yang menggunakan beras import.

No comments:

Post a Comment