Translate

Tuesday, April 27, 2021

84 kedai makan jual air kosong lebih RM1

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Peng. guna (KPDNHEP) mengesan 84 premis makanan di seluruh negara menjual air kosong pada harga tidak munasabah melebihi RM1.

Timbalan Menteri Perda gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, antara kes tertinggi dicatatkan di Kelantan iaitu 14 kes, Selangor (12 kes) dan Sabah serta Johor masing masing lapan kes.

Bellau berkata, Pahang mencatatkan tujuh kes, Terengganu (enam kes), Kuala Lumpur Clima kes), Melaka (empat kes), Pulau Pinang dan Labuan (tiga kes) dan Perak, Negeri Sembilan dan Perlis (dua kes).

"Semua pengusaha premis makanan itu dikenakan notis (tunjuk sebab) mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipenca tutan 2011.

"Harga munasabah air kosong patut dijual pada harga 20 sen hingga 30 sen sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Franchise Bay peringkat Terengganu di sini semalam.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia.

Rosol berkata, setakat ini, kes penjualan air kosong pada harga tidak munasabah tidak direkodkan di Kedah dan Putrajaya.

Ujar beliau, Ops Catut 8.0 (Air Kosong) dijalankan mulai 7 April lalu sehingga 15 April ini.

"KPDNHEP memandang serius penjualan alr kosong pada harga tidak munasabah di premis-premis makanan kerana menerima rungutan daripada pengguna di seluruh negara," katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan sebanyak 12 premis makanan di Selangor dikenakan tindakan kerana menjual air kosong pada harga tidak munasabah.

Penjualan air kosong itu berlaku di restoran mewah, restoran biasa, restoran makanan segera beberapa premis kedai makanan lain.

No comments:

Post a Comment