Translate

Wednesday, April 28, 2021

Kluster Belaoh punca dari kedai kopi

 KUALA TERENGGANU - Kluster baharu iaitu Kluster Belaoh yang dicatatkan di Terengganu berpunca daripada tabiat pen duduk kampung berkumpul minum di kedai kopi.

Pengarah Kesihatan Tereng ganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini, 25 orang telah disahkan positif Covid-19 termasuk lapan kes terbaharu kelmarin daripada kluster ber kenaan yang berasal dari Kam pung Belaoh, Kampung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Hulu Besut.

 "Selalunya kewujudan kluster baharu dikaitkan dengan majlis keramaian seperti kenduri kahwin, tahlil dan hari jadi tetapi di Kampung Belaoh, ia disebab kan aktiviti sosial penduduk 'mengeteh (minum) di kedai kopi selepas solat.

"Kebiasaannya semasa di masjid dan surau patuh SOP (prosedur operasi standard) tetapi tidak di kedai kopi. Lepas (solat) Asar ke kedai lain, lepas (solat) Isyak kedai lain pula," katanya menerusi satu kenyataandi sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawa lan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak berkuat kuasa 6 April lalu.

Nor Azimi berkata, perkumpulan di kedai kopi tersebut menjadi punca kepada penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk kampung tersebut sebelum tersebar kepada ahli keluarga mereka pula.

Sehubungan itu, jelas beliau, ujian saringan bersasar akan dilaksanakan kepada 2,322 pen duduk tiga perkampungan berkenaan.

No comments:

Post a Comment