Translate

Friday, April 16, 2021

Kurang francaisor sertai pakej francais mikro, mampu milik


 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penyertaan francaisor pakej francais mikro dan mampu milik kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih belum memuaskan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini, hanya 12 daripasa 1,091 jenama francais berdaftar di negara ini menyertai pakej yang dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan (B40) dan menengah (M40).

“Saya menyeru lebih banyak francaisor menawarkan pakej francais mikro dan mampu milik.

“Penyertaan dalam pakej itu bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai usahawan francais tetapi mampu memberi pulangan keuntungan lebih besar kepada francaisor apabila perniagaan mereka semakin berkembang maju,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan program Jelajah Franchise Bay peringkat Terengganu di sini hari ini.

Rosol berkata, KPDNHEP memperuntukkan RM5 juta bagi program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik bagi membantu golongan B40 dan M40 menceburi bidang perniagaan francais.

Menurut beliau, francais mampu milik ialah pakej perniagaan bernilai sehingga RM100,000 manakala francais mikro pula maksimum RM50,000. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment