Translate

Monday, April 26, 2021

Ibu Siti Nur Surya meninggal dunia

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Lebih lima butan selepas Siti Nur Surya Ismail ditemui mati dalam trage di pembunuhan kejam, ibunya. Zaini Musa, 55. yang menderita barah otak tahap tiga telah me ninggal dunia pada Jumaat lalu. 

Allahyarham Zaini menghem buskan nafas terakhir di pang kuan dua anaknya, 

Muhammad Alif Hamdan, 18 dan Nur Liyana Syuhada, 16, pada pukul 240 petang di rumah keluarga mereka di Kampung Beladau Kepong di sini. 

Anak sulung Zaini, Mohd. Zarif Amer, 30, berkata, ibu mereka meninggal dunia ketika sedang dimandikan oleh kedua-duaadiknya itu.

 "Jenazah ibu selamat dikebumikan berhampiran pusara Siti Nur Surya di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini pukul 10 malam pada Jumaat lalu. 

"Sejak peristiwa itu (pembunuhan Siti Nur Surya), kami sekeluarga banyak duduk di rumah di Kampung Beladau Kepong yang turut didiami datuk kerana masalah kesihatan ibu,"katanya di sini semalam. 

Mohd. Zarif Amer berkata, ibunya dimaklumkan beberapa kali tentang kematian Siti Nur Surya, namun arwah kerap terlupa disebabkan masalah kesihatan yang dihidapi.

 Menurutnya, arwah Zaini pada akhir hayatnya kadangkala menyuruh mereka adik-beradik selain suaminya, Ismail Muda, 59, untuk mencari Siti Nur Surya yang disangkanya telah melarikan diri.

"Begitupun, arwah kembali tenang dan terdiam apabila kami memaklumkannya semula ba- hawa adik saya (Siti Nur Surya) sudah tiada," katanya.

Kosmo! 2 November 2020 melaporkan mayat Siti Nur Surya. 19, ditemuiberlumuran darah oleh adik bongunya, Nur Liyana Syuhada di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah.

 Mangsa dijumpai dalam keadaan ngen dengan kesan tetakan pada bahagian muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus di rumah mereka di Kampung Lubok Batu Telemong Hulu Terengganu.

Lebih menyedihkan apabila perbuatan kejam ttu disaksikan ibunya, Zaini yang terlantar sakit akibat barah otak di katil ber hampiran

Rakan baik mangsa, Siti Nur Athirah Azmi, 19. kemudiannya ditahan sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan membunuh remaja perempuan tersebut pada 16 November tahun lalu.

No comments:

Post a Comment