Translate

Saturday, April 10, 2021

Jangan hampiri kawasan pantai – Bomba

 

KUALA NERUS - Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi ka wasan pantai terutama Pantai Timur termasuk Terengganu sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd Rashid berkata, sebarang aktiviti air termasuk be. renang tidak sesuai dilakukan di kawasan pantai di negeri ini ekoran cuaca tidak menentu dan fenomena ombak besar, selain air pasang pada monsun Timur Laut.

Katanya, perairan Terengganu pada masa ini juga agak bergelora berikutan tempias bencana ribut taufan yang me landa Filipina dan Vietnam baru-baru ini.

"Banyak kematian disebabkan aktiviti air telah dicatatkan di negeri ini pada musim tengkujuh, bulan November hingga Mac setiap tahun.

"Seramai 16 maut akibat lemas pada dua tahun lalu manakala tahun lalu, 12 orang telah dilaporkan terkorban. Jika tidak boleh sifar kematian, kita berharap statistiknya berkurangan," katanya di sini semalam.

Md. Hilman berkata, JBPM telah melantik 12 nelayan untuk menganggotai Pasukan Penyelamat dan Keselamatan Air (SWART) bagi memantau beberapa kawasan pantai di negeri yang berisiko sepanjang musim tengkujuh ini.

Jelasnya, anggota SWART akan melakukan rondaan dan memberi khidmat nasihat ke pada pengunjung di kawasan pantai terlibat.

No comments:

Post a Comment