Translate

Wednesday, April 28, 2021

Nelayan Kuala Nerus kutip sampah bersihkan sungai

 

GOTONG-ROYONG. Seramai 224 peserta menyertai Ekspedisi Menyusuri Sungai Nerus yang bermula di Jeti Kampung Pengkalan Sabtu, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Gading, Ridzuan Hashim berkata, ekspedisi melibatkan 89 sampan itu dirasmikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, sepanjang ekspedisi berkenaan, peserta yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan darat akan mengutip sampah yang terdapat di sepanjang Sungai Nerus.

"Ekspedisi sepanjang 76 kilometer ini bertujuan untuk memelihara kebersihan dan keindahan Sungai Nerus yang pernah menjadi nadi utama masyarakat setempat suatu masa dahulu," katanya sambil memberitahu aktiviti itu akan diteruskan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment