Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seramai 200 peniaga menggigit jari apabila Bazar Ramadan Tok Adis di sini diarahkan tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Terengganu bermula kelmarin.
la merupakan bazar Ramadan pertama di negara ini yang dikenakan tindakan tersebut ekoran kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan.
Difahamkan, tindakan menutup sementara operasi Bazar Ramadan Tok Adis sehingga 30 April depan dilakukan setelah penganjur didapati gagal mengawal kemasukan pengunjung.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan bazar Ramadan itu bermula pukul 8 malam kelmarin selaras dengan Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawa tan Penyakit Berjangkit 1988.
"Arahan penutupan bazar tersebut bukanlah dilakukan secara mengejut kerana pegawal penguat kuasa Jabatan Kesihatan bertugas telah memberikan ingatan dan nasihat (kepada penganjur) sebelum ini," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Nor Azimi berkata, penutupan bazar Ramadan tersebut bukan berniat hanya menghukum tetapi memberi ruang kepada penganjurnya untuk memperke mas SOP norma baharu di tapak perniagaan terbabit
Sementara itu, seorang peniaga, Ahmad Korim, 50 yang berniaga mi sup mengaku tidak keruan tidak dapat berniaga untuk tempoh hampir setengah bulan apabila bazar itu ditutup.
Ujarnya, kemasukan pengunjung yang tidak dikawal di bazar Ramadan tersebut disebabkan kegagalan penganjur menyedia
kan petugas mencukupi.
"Saya tidak salahkan ketegasan kerajaan, penganjur gagal memenuhi janji menyediakan khidmat petugas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang mencukupi.
"Saya kecewa kerana yang menanggung kerugian yang lebih besar adalah kami golongan peniaga,"dakwanya.
No comments:
Post a Comment