Translate

Friday, April 30, 2021

SK Keruak ditutup ekoran PKPD

 

KUALA NERUS - Sekolah Ke bangsaan (SK) Keruak diarahkan tutup berkuat kuasa semalam berikutan pelaksanaan Perin tah Kawalan Pergerakan Diper ketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di mukim Hulu Besut. Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Salim Ab. Ghani berkata, penutupan sekolah tersebut akan berterusan sehing ga pelaksanaan PKPD di lokasi terlibat ditamatkan sepenuhnya.

 "la melibatkan 385 murid meliputi 205 murid lelaki dan 180 perempuan di SK Keruak.

"Begitu pun, ujian saringan Covid-19 setakat ini menunjuk kan semua guru dan murid se kolah terbabit bebas daripada Jangkitan pandemik itu," katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau ditemui pada majlis pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri.

Salim berkata, sepanjang penutupan sekolah, kaedah pembelajaran diteruskan menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). 

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan PKPD di tiga perkampungan di mukim Hulu Besut laitu Kampung Belaoh, Kampung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru dan Kampung Keruak berkuat kuasa semalam. 

Ismail Sabri berkata, la berikutan peningkatan kes di lokaliti terbabit dengan enam orang di sahkan positif Covid-19 setakat ini.

No comments:

Post a Comment