Oleh MOHD.AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Penutupan dua hari Bazar Ramadan Tok Adis di sini atas kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu memberi pengajaran besar ke pada penganjur dan peniaga terlibat.
Penganjur, Talib Manap berkata, tindakan dikenakan Jabatan Kesihatan Terengganu pada Ju maat lalu membuatkan pihaknya serik dan mengambil langkah bagi mengetatkan semula SOP
Beliau berkata, pihaknya memastikan pengunjung hanya memasuki bazar Ramadan itu di pintu utama selain mewajibkan pendaftaran menerust aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu badan
"Kami juga memperkenalkan stem nombor giliran bagi me gawal kapasiti pengunjung agar tidak berlaku kesesakan seperti sebelum ini.
"Saya sendiri memberi nasihat dan pengingatan kepada pengunjung dan peniaga agar mengikut laluan ditetapkan dan memakai pelitup muka dengan sempurna dengan menggunakan pembesar suara," katanya ketika ditemui Kosmol di Bazar Ramadan Tok Adia di sini kelmarin.
Tinjauan mendapati laluan keluar masuk bazar Ramadan tersebut yang dibuka semula kelmarin berjalan lancar dengan pemantauan anggota polis dan Jabatan Kesihatan negeri
Sementara itu, seorang peniaga, Ahmad Korim, 50, berkata, dia bersyukur apabila dibenarkankembali berniaga di bazar Ramadan tersebut lebih awal.
Dia yang berniaga mi sup dan aneka kerabu mengaku tidak keruan apabila pada malanya diarahkan berhenti berniaga se hingga 30 April depan kerana sudah banyak modal dikeluarkan.
"Alhamdulillah dapat kembali berniaga, kehadiran pengunjung agak baik walaupun hujan baru reda dan hari pertama dibuka semula.
"Saya harap bukan saja peniaga dan penganjur, pengunjung juga perlu patuhi SOP" katanya.
Sebelum ini, Kosmol Ahad melaporkan seramal 200 peniaga menggigit jari apabila Bazar Ra madan Tok Adia diarahkan tutup selama 14 hart oleh Jabatan Kes hatan Terengganu berkuat kuasa Jumaat lalu.
Bagaimanapun, bazar Ramadan itu dibenarkan beroperasi semula mulai kelmarin selepas mendapat jaminan penganjur untuk mengetatkan SOP mengikut norma baharu.
No comments:
Post a Comment