LISHC yang juga pasukan jemputan dari China bermula garang apabila mendahului seawal minit kelima menerusi gol padang Liu Xinyu.
Susulan itu, TLHT menggandakan serangan sebelum pemain import dari India, Jaswinder Singh meledak hatrik pada minit ke-15, 26 dan 41.
Dua gol awal dihasilkan Jaswinder menerusi gol padang manakala satu lagi dengan pukulan sudut penalti.
Pasukan pelawat hampir mendahului pada minit ke-19, namun pukulan sudut penalti diambil Li Feng berjaya ditampan keluar penjaga gol TLHT, Bakhavaddin Glizal.
Feng menebus kesilapan dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-33.
Bekas tonggak kebangsaan, Siti Rahmah Othman melengkapkan kemenangan TLHT dengan gol keempat menerusi gol padang pada minit ke-46.
Sementara itu, jurulatih TLHT, Iman Gobinathan berkata, beliau lega anak-anak buahnya melepasi cabaran LISHC yang dianggap antara pasukan terkuat pada saingan MWHL musim ini.
“Kita bernasib baik pasukan pelawat memiliki masalah dengan cuaca yang agak panas hari ini (semalam) dan anak-anak buah saya berjaya mengambil kesempatan itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment