Translate

Monday, January 14, 2019

Restoran mamak disyaki pamer sijil halal tidak sah diserbu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sebuah restoran mamak yang terletak di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini kerana disyaki cuba mengelirukan pelanggan dengan mempamerkan logo halal biar pun tidak pernah memiliki sijil pengesahan halal.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pemeriksaan dalam operasi bersepadu tersebut telah menjumpai satu logo halal tertampal pada sebuah peti sejuk yang terletak di bahagian dapur restoran terbabit.

Beliau berkata, peti sejuk tersebut digunakan untuk menyimpan bahan mentah untuk penyediaan masakan restoran nasi kandar yang sudah 10 tahun beroperasi dan terkenal di bandar raya ini berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati pengurusan restoran mamak terbabit tidak pernah memohon sijil pengesahan halal daripada pihak berkuasa. Tindakan mempamerkan logo halal tersebut dikhuatiri boleh mengelirukan orang ramai terutama dalam kalangan pelanggan beragama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi yang disertai 30 penguat kuasa KPDNHEP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), pejabat kesihatan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di restoran tersebut di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Syed Nazmi Tuan Taufek. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment