Translate

Friday, January 18, 2019

Tak mengaku salah jadi bapa ayam

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perubatan di sebuah ins­titusi pengajian tinggi awam di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam pada Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Luqman Zulkepli, 29, yang berasal dari Panji Alam di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Luqman didakwa me­lakukan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki di sebuah hotel di bandar raya ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 2.43 pagi hingga 6.15 petang pada 27 Ogos dan 28 Ogos.

Tertuduh yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dituduh di bawah Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali jika sabit ke­salahan.

Dia turut menjadi tertuduh pertama yang dihadapkan ke mana-mana mahkamah syariah di negara ini atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam
Kamalruazmi berkata, perbuatan muncikari merupakan kes besar dan perlu diambil perhatian serius memandang Mohd. Luqman merupakan tertuduh pertama yang dibawa untuk pengadilan bagi pertuduhan di mahkamah syariah di negara ini.
Beliau kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan seorang penjamin. Tertuduh yang masih bujang dan merupakan anak yatim membayar wang jaminan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie, Muhammad Khasmizan Abdullah manakala Mohd. Luqman diwakili peguam bela, Fazru Anuat Yusof.

Akhbar sebelum ini me­laporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan tiga pelacur dan dua bapa ayam warga tempatan dalam tiga serbuan di dua buah hotel mewah di Kuala Terengganu.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 6.15 petang, seorang ibu tunggal berusia 20 tahun bersama bapa ayamnya ditahan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Sumber berkata, bapa ayam tersebut dipercayai menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari pelanggan de­ngan mengenakan harga antara RM250 ke RM600 bagi setiap perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment