Translate

Sunday, January 13, 2019

Kurikulum pendidikan negara akan berubah di bawah PH

KUALA NERUS – Kurikulum pendidikan negara akan me­ngalami sedikit perubahan de­ngan memberi lebih penekanan kepada penguasaan sains dan teknologi, bahasa Inggeris serta penghayatan ajaran Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu selaras dengan dasar pendidikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bukan sahaja fokus kepada memberi ilmu te­tapi mahu membentuk gene­rasi hadapan lebih berwibawa dan mampu membangunkan negara.

“Ilmu sains dan matematik amat penting untuk kita mencipta peralatan serta teknologi bagi mempertahankan negara daripada dikuasai dan ditakluk kuasa lain.

“Kefahaman dalam sains dan matematik dipermudahkan de­ngan penggunaan bahasa Ing­geris yang merupakan bahasa utama dunia hari ini,” katanya pada ­majlis Ambil Cakna Bersama Warga Pendidik di sini semalam.

Dr. Mahathir memberitahu, generasi muda terutamanya beragama Islam juga akan diberi kefahaman isi kandungan al-Quran bagi membolehkan mereka menerapkan nilai-nilai agama itu.

Katanya, al-Quran merupakan panduan utama berhubung addin atau cara hidup Islam sebenarnya.

“Malangnya ramai yang menghafal al-Quran tetapi tidak memahami isi kandungannya sedangkan ia panduan utama orang Islam,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment