Translate

Wednesday, January 16, 2019

Pelajar perubatan didakwa menjadi 'bapa ayam'

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perubatan sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan menjadi 'bapa ayam' terhadap kegiatan pelacuran pada lima bulan lalu.

Mohd. Luqman Zulkepli, 29, yang berasal dari Panji Alam di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Luqman didakwa melakukan muncikari atau menjadi menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki di sebuah hotel di bandar raya ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 2.43 pagi, 27 Ogos 2018 hingga pukul 6.15 petang, keesokan harinya.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment