Translate

Sunday, January 20, 2019

Pengerusi NGO ditahan SPRM 
buat tuntutan palsu RM500,000

KUALA TERENGGANU – Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia di Setiu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM500,000, Mei tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wab Ab. Karim @ Isa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Sumber Suruhanjaya Pen­­­ce­ga­han Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan ketika memberi ke­terangan di pejabat agensi itu cawangan Terengganu di sini pada pukul 5.30 petang kelmarin.

“Siasatan melibatkan tuntutan berjumlah  kira-kira RM500,000 yang dikemukakan suspek terhadap Pejabat Tanah dan Daerah Setiu berkaitan 32 program di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Permaisuri dipercayai tidak pernah dilaksanakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber SPRM berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Beliau berkata, SPRM dijangka memanggil beberapa saksi termasuk dari luar Terengganu untuk membantu siasatan terhadap suspek.

No comments:

Post a Comment