Translate

Thursday, January 17, 2019

Tarif air Terengganu bakal naik

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu memberi gambaran tarif air negeri tersebut bakal naik pada masa terdekat selaras dengan usaha menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kenaikan tersebut turut mengambil kira tarif air di negeri ini tidak pernah dinaikkan sejak 22 tahun lalu.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri Terengganu telah menerima taklimat daripada wakil Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berhubung kewajaran kenaikan tarif air terbabit semalam.

"Kita sedang meneliti dari semua aspek sebelum membuat keputusan (kadar tarif air baharu) pada hujung bulan ini atau selewat-lewatnya pertengahan bulan depan sebelum dimaklumkan kepada kementerian.


"Apa pun, kita memberi jaminan sekiranya berlaku kenaikan, ia akan memberi impak seminimum mungkin kepada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan rendah)," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment