Translate

Thursday, January 17, 2019

THT sudah bersedia berdepan dengan TNB Thunderbolt

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih kelmarin berhasrat untuk meraih kemenangan sulung pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) menjelang pertemuan menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolt hari ini.

Jurulatih THT, I. Vikneswaran berkata, meraih tiga mata pertama pada aksi kedua liga di laman sendiri, Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu amat penting dalam misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan.

“Walaupun mencipta sejarah menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama semalam (kelmarin), kita terpaksa berpuas hati sekadar meraih satu mata selepas seri 2-2 dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada waktu sebenar perlawanan.

“Kita sebenarnya sudah boleh mencapai tiga mata dengan mudah apabila mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, tetapi hilang fokus bagi separuh masa kedua hingga membolehkan UniKL menyamakan kedudukan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Vikneswaran berkata, pasukannya perlu mengambil iktibar dan beliau mahu anak-anak buahnya tidak mengulangi kesilapan sama pada aksi berikutnya termasuk menentang TNB Thunderbolt hari ini.

Malah, beliau juga mahu anak-anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan TNB Thunderbolt walaupun di atas kertas ia dianggap pertemuan mudah.

No comments:

Post a Comment