Translate

Tuesday, January 22, 2019

Shahidan dilantik Datuk Bandar Kuala Terengganu keenam

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pengawai Daerah Besut, Shahidan Embok, 57, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang merupakan Datuk Bandar Kuala Terengganu keenam menggantikan Samiun Salleh, 58, yang bertukar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Perubahan jawatan itu turut melibatkan 93 pejawatan awam kerajaan negeri Terengganu lain termasuk Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tengku Farok Hussin Tengku Jalil yang kini dilantik Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Terengganu, Ahmad Azmi Md. Salleh (Pengarah Yayasan Islam Terengganu) dan Anuar Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan 93 penjawat awam termasuk melibatkan kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah di seluruh negeri ini merupakan pertukaran biasa yang diamalkan sebelum ini.


"Ia bertujuan untuk mengisi beberapa kekosongan yang ditinggalkan pegawai-pegawai telah bersara selain bertujuan melicinkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment