Translate

Tuesday, January 1, 2019

Mayat terakhir hilang dihanyut ombak besar ditemui

DUNGUN - Mayat ketiga insiden tiga beradik dihanyutkan ombak besar di Pantai Teluk Gadung di sini semalam berjaya ditemui sebentar tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, mayat Nurain Fatma Zawawi, 10, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.05 pagi.

"Mayat mangsa ditemui terapung di kawasan pantai berhampiran kampus Universiti Teknologi Mara Dungun iaitu kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi dia dan dua adik perempuannya dilaporkam hilang.

"Pengecaman telah dilakukan ahli keluarga sebelum mayat kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohamad Zohan berkata, sebelum ini mayat dua lagi mangsa iaitu Nurain Sofia dan Nurain Salsabila masing-masing telah ditemui pada pukul 7.30 pagi dan 9.20 pagi.

Menurut beliau, mayat anak kedua dan ketiga masing-masing ditemui pada kedudukan kira-kira 10 meter dan 1.5 km dari Pantai Teluk Gadung di sini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment