KUALA TERENGGANU – Pegawai Daerah Besut, Shahidan Embok, 57, (gambar), dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu baharu berkuat kuasa semalam.
Beliau yang merupakan Datuk Bandar Kuala Terengganu keenam menggantikan Samiun Salleh, 58, yang bertukar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Perubahan jawatan itu turut melibatkan 93 perjawatan awam kerajaan negeri Terengganu lain termasuk Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tengku Farok Hussin Tengku Jalil yang kini dilantik Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan 95 penjawat awam termasuk melibatkan kebanyakan pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah dan daerah di seluruh negeri ini merupakan pertukaran biasa yang diamalkan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment