Dalam kejadian pada pukul 5.25 petang itu, mayat Mohamad Aisar Hisyam Mohd. Kamal, 22, yang tenggelam di dasar air terjun itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat lebih sejam kemudian.
Adik perempuannya, Nur Aifaa Diyana, 21, pula berjaya diselamatkan pengunjung lain yang turut menyaksikan kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua beradik itu bersama enam ahli keluarganya yang lain sedang berkelah di kawasan air terjun terbabit pada pukul 4.10 petang.
“Mayat mangsa berjaya ditemui di dasar sungai terbabit pada pukul 6.40 petang sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat.
“Adik perempuannya (Nur Aifaa Diyana) pula yang masih lemah sedang dirawat di wad hospital sama dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.
Difahamkan, Mohamad Aisar Hisyam yang baru menamatkan latihan di Akademi Binaan Malaysia cawangan Johor baru-baru ini bersama ahli keluarganya yang berasal dari Johor Bahru, Johor bercuti di rumah saudara mereka di Gong Badak, Kuala Nerus sebelum berkunjung ke kawasan air terjun tersebut untuk berkelah.
Kawasan air terjun itu pernah ditutup tiga tahun lalu selepas meragut lima nyawa sekeluarga pada 19 Disember 2015 sebelum kembali dibuka pada Mac 2017.
No comments:
Post a Comment