Translate

Thursday, January 10, 2019

Balu kematian suami enam tahun terima faedah Perkeso RM140,000

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seorang pengusaha kantin yang baru menyedari suaminya yang meninggal dunia lebih enam tahun lalu layak menerima faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersyukur menerima tunggakan lebih RM140,000 hari ini.

Selain itu, Habesah Daud, 47, yang kematian suami, Ismail Mat Yassin pada 11 November 2012 juga layak menerima faedah pencen penakat bulanan sebanyak RM1,800 seumur hidup manakala dua anaknya berusia 19 dan 15 tahun akan menikmatinya sehingga menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Dia berkata, dia hanya menyedari boleh menuntut faedah caruman suaminya yang meninggal dunia akibat kanser darah daripada Perkeso sewaktu anak keduanya mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada dua minggu lalu.

"Pegawai KWSP bertugas meminta anak perempuan saya berusia 26 tahun menyemak dengan Perkeso berhubung faedah pencen penakat Allahyarham ayahnya.

"Sebaik merujuk di pejabat Perkeso terdekat, saya terkejut campur bersyukur apabila diberitahu bukan sahaja layak mendapat faedah terbabit dan akan dibayar tunggakan selama lebih enam tahun berjumlah RM140, 245.11," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Ajil di sini hari ini.


Dia ditemui selepas menerima cek pembayaran tunggakan faedah pencen penakat terbabit daripada Timbalan Pengarah Perkeso Terengganu, Norihan Ibrahim. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment