Translate

Thursday, January 17, 2019

TLHT ratah PSHA-MSSPP 13-0

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) mudah meratah Persatuan Hoki Pulau Pinang - Majlid Sukan Sekolah Pulau Pinang (PSHA - MSSPP) 13-0 pada aksi kedua Liga Hoki Wanita Malaysia di Stadium Hoki Batu Burok di sini sebentar tadi.

Pemain import TLHT dan pemain kebangsaan, Fatin Shafika Mohd. Shukri menunjukkan kehebatan dengan masing-masing meledak empat gol.

Jaspreet  yang juga flicker dari India, Jaspreet Kaur menghasilkan gol kesemuanya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-19, 34, 36 dan 41.

Fatin Shafika juga mencipta empat gol yang kesemuanya dihasilkan menerusi jaringan padang pada minit ke-6, 14, dan 20 dan 49.


Gol kedua tuan rumah dijaringkan oleh Siti Noor Amarina Ruhani yang juga pemain kebangsaan menerusi pukul sudut penalti pada minit ke-12.

No comments:

Post a Comment