Translate

Thursday, January 17, 2019

Muhammad Syukur terima anugerah Murid Unggul Kuala Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Muhammad Syukur Khamis, 14, yang menjadi terkenal sekelip mata selepas gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau menjadi tular di media sosial sejak Khamis lalu terkejut menerima layanan bak selebriti di sekolah.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu berkata, dia banyak menerima pertanyaan berhubung kisahnya yang tular di media sosial oleh ramai rakan sekolahnya termasuk pelajar senior sepanjang sesi persekolahannya hari ini.

"Tiada lagi ejekan tetapi ramai yang bertanyakan rahsia saya boleh sangat akrab dengan haiwan ternakan ayah selain menyatakan bangga dengan kejayaan foto yang tular terbabit memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

"Saya cuba buat macam biasa namun berterima kasih dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolah," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah Murid Unggul oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu di SMK Padang Midin di sini hari ini.

Anugerah itu disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong dalam majlis yang turut dihadiri Pengetua SMK Padang Midin, Zah Mohamad dan hampir 1,000 pelajar sekolah itu.


Kosmo! semalam melaporkan Muhammad Syukur menjadi terkenal sekelip mata apabila gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau peliharaan memenangi anugerah 'Street/People Photographer of The Year Asian Geographic - Image of Asia 2018' dan 'Remarkable Award' di Siena International Photography Award 2018, Itali baru-baru ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment