Translate

Monday, January 7, 2019

Perlembagaan negara tidak akan dipinda

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perlembagaan negara berhubung pelantikan Yang di-Pertuan Agong tidak akan dipinda biar pun peletakan mengejut Sultan Muhammad V semalam yang merupakan pertama kali dalam sejarah.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengumuman peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dilakukan secara tertib dan mengik'ut perlembagaan.

"Kerajaan (Persekutuan) tidak campur tangan dalam perkara ini dan menerima sahaja apa keputusan dibuat raja-raja.

"Saya harap (pelantikan baharu) dapat dilakukan secepat mungkin kerana sebagai Perdana Menteri, saya perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu di sini hari ini.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz memaklumkan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menerusi warkah yang telah diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.


Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember 2016. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment